Monday, October 15

10 hari Dzul Hijjah



عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ


قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ؟



قَالَ : وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

"Tidak ada satu amal soleh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal soleh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah)."

Para sahabat bertanya: "Tidak pula jihad di jalan Allah?"

Nabi shallallaahu 'alaihi wasallam menjawab: "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun."

Di sini Rasulullah saw menunjukkan bhw ibadah (amal soleh) pada 10 Hari Zulhijjah sangat besar ganjarannya, bahkan lebih besar dari jihad!

Kecuali dgn satu situasi sahaja amal itu lebih besar, iaitu seorg akh menjual segala harta yang ada kemudian men
ginfaqkannya pada rakyat Palestin kerana Allah taala, kemudian akh itu masuk ke dalam perang, kemudian syahid di jalan Allah swt.

Tiada apa yang ditinggalkan.

Itulah yang dimaksudkan dgn : وَلَا الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ

Bahkan sebahagian para Ulama mengatakan bhw 10 hari Zulhijjah ini lebih baik dari hari hari di dalam bulan Ramadan.

Jadi bagi seorg akh itu, perlulah plan amal amal nya pada hari hari Dzulhijjah ini agar segala ganjaran pada hari2 ini dapat diperoleh secara maksima.

Wallahua3lam