Monday, March 30

Kelas Tahsin al - Qur'an


Hari ini hari Isnin. Hari pertama perjumpaan kelas tahsin al – Qur’an dilakukan. Saya sebagai tenaga pengajar. Pelajar yang datang dalam tujuh orang. Jujurnya memang sangat nervous sebab dah lama tak mengajar so zouq mengajar tu dah lama hilang. Apatah lagi persediaan untuk mengajar pun macam tak berkeyakinan je. Tempat pun entah kat mana haha.

Sebelum kelas start boleh pulak terserempak dengan Syeikh Afifi, lagi lah bertambah nervous, tapi kitorang sembang je macam biasa. Sembang pasal khabar, tanya bila nak kahwin, dan macam biasa sembang pasal progress disertasi. Al – Maklumlah syeikh Afifi memang hebat apatah lagi dengan kuasa super saiya hebat dia memang mantap lah disertasi dia, tapi dia memang humble/tawaduk takda rasa bangga pun yang dia tunjuk. Mintak maaf ye syeikh Afifi, aku abadikan kehebatan kau dalam tumblr ni haha.


Berbalik kepada cerita asal, masuk dalam kelas dup dap dup dap jugak lah, ada muka kenal ada muka tak kenal. Kemudian, helmy bagi green light untuk mula. Fuh, bertambah gementar dan gemuruh jiwa tapi muka kena buat cool selamba. Allah je tahu perasaan masa tu. Maka, tergagap lah mula – mula taktahu nak cakap apa tapi cakapkan aja nanti keluarlah idea tu haa.

Macam magis, bila kelas start, mula bercakap, rentak mula macam cantik, flow pun macam okay, maka, kelas pun macam okay aje.

Ada yang baca quran tak okay. Ada yang baca okay, keseluruhan semuanya okay. Tapi ini pendapat saya lah. Tapi secara jujur saya tak berpuas hati dengan prestasi yang saya tampilkan. Saya boleh lakukan yang lebih baik dari yang ini. Yosh! Lets do this. May the good force be with you.
______________

Sekali lagi, permasalahan yang dahulu belum dapat lagi aku selesaikan. Aku tarik nafas panjang panjang dan aku hembus. Besar keluhan aku. Family aku kata aku selalu keluh, aku sendiri tak sedar tak tahu. Samada tabiat atau mungkin stress yang terkumpul dalam diri aku.

Mungkin aku degil. Entah. Tak pasti. Cerita pasal perasaan memang sukar. Namun, perlu disuarakan. Mungkin aku bukan seperti orang lain. Tapi ini adalah salah satu bentuk ekspresi yang sangat jarang aku lakukan. Mungkin untuk sesekali, i want to be my real self. Bukan hipokrit berjalan atas muka bumi.

Luahan dalam dia adalah perawat yang sangat berkesan. Dekat dengan Allah swt adalah bagai tali yang yang membantu dan membimbing dalam mencari penyelesaian dan rawatan yang mujarab.

Nah. Sedar tak sedat, ini akan aku abadikan dalam alam maya.