Sunday, January 11

Perjuangan Masih Belum Selesai


Assalamualaikum. ....salam ukhuwwah dan salam semangat berjuang untuk sahabat-sahabat yang dirahmati Allah. Segala puji dan syukur kepada Allah tuhan semesta alam. Sesungguhnya nikmat-nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya dan nilainya. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat baginda serta mereka yang mengikut jejak langkah mereka hingga ke hari pembalasan.

Tatkala cebisan ini ditulis, saudara-saudara kita di Gaza, Palestin masih lagi tetap dan teguh mempertahankan tanah air mereka yang tercinta daripada terus menjadi ratahan musuh Allah. Yahudi. Betapa perkhabaran Allah tentang mereka di dalam al-Quran (2:120) benar2 dapat di saksikan oleh segenap umat manusia pada ketika ini. Tahniah dan syabas kepada sahabat-sahabat yang penuh semangat menentang kekejaman mereka ini. Selagi mana kita mampu berjihad kita akan menggunakan seluruh kekuatan yang kita ada untuk menentang mereka (8:60). Boikot dan terus boikot. Jangan gentar jangan takut. Tanamkan semangat bencikan Yahudi dalam diri anak-anak muda. Allah pasti bersama kita (47:7)

Namun, semangat juang ini janganlah sekali-kali diletakkan ia mengatasi nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang diwahyukan Allah melalui Nabi Muhammad S.A.W. Akal dan semangat semata belum sampai tahapnya untuk mengatasi nas-nas al-quaran dan hadith. Keperihatinan terhadap perkembangan Islam dan dunia Islam menyebabkan persoalan-persoalan ini sering timbul dalam benak pemikiran setiap mereka yang mencintai Allah dan RasulNya. Setiap dari kita pasti berasa pelik melihat tindak-tanduk dunia arab yang seolah-olah diam membatu apabila berhadapan dengan isu Palestin ini.

Hanya sebagai seorang muslim dan penuntut ilmu yang merasakan dirinya sedang memikul amanah untuk menyampaikan. ......

Pertama, jangan kita pandang pemimpin-pemimpin dunia arab ini sebagai pemimpin dunia dan bangsa mereka sahaja. jangan biarkan dasar pecah dan perintah yang dieksploitasi oleh barat menghantui pemikiran kita. Pandanglah mereka sebagai seorang MUSLIM yang diuji oleh Allah untuk memegang tampuk sebuah pemerintahan. Betapa maruah seorang muslim itu begitu besar untuk kita menghinanya, memalukannya dan memburukkannya (at-Tirmizi: 1927). Benar mereka ini melakukan kesalahan tetapi Allah S.W.T tidak pernah menutup pintu taubatnya untuk hamba-hambanya. Mungkin sekali kita akan bertindak jauh lebih buruk dari mereka apabila memegang tampuk kekuasaan. Satu kaedah dalam hubungan sesama muslim-----al-aslu fi al-muslim baraatu az-zimmah

Kedua, kita perlu ingat tanggungjawab sebagai seorang pemimpin tidak sama seperti orang biasa. Mereka mempunyai tanggungjawab terhadap Allah S.W.T dan tanggungjawab terhadap rakyat mereka. Setiap apa yang mereka lakukan pasti rakyat mereka akan diletakkan di hadapan. Mereka mempunyai penasihat-penasihat daripada pelbagai bidang; agama, ekonomi, politik dan sebagainya. Tidaklah mereka ini membuat sesuatu keputusan melainkan untuk menjaga kemaslahatan bersama. Khusus bagi isu palestin, bukan untuk membela sesiapa tetapi pernahkah kita berfikir bagi pihak mereka? Mereka terpaksa bertindak sedemikian untuk menjaga kemaslahatan. Untuk mengelak daripada umat Islam ditimpa bencana dan malapetaka yang lebih besar. Mungkin suatu hari nanti kita tidak akan dapat melahirkan lagi cendekiawan Islam apabila al-Azhar sudah terjajah. Mungkin juga suatu hari nanti kita tidak akan dapat melihat syiar Islam terus tertegak di bumi Arafah, Mina dan Muzdalifah. Mungkin juga suatu hari nanti tidak ada lagi doktor-doktor muslim yang akan dilahirkan di bumi Jordan. Semua kemungkinan ini berlegar-legar di ruang hati dan akal mereka. Betapa mereka amat tertekan untuk menghadapi semua ini. Dan kita pula tanpa segan silu terus memberi tekanan kepada mereka dan tidak langsung memberi alternatif dan bantuan kepada mereka.

Ketiga, apa buktinya untuk kita menuduh pemimpin-pemimpin dunia arab ini menyokong Israel. Penulis sendiri pernah merasakan pemimpin2 ini tidak berguna. Namun hakikatnya, adakah kita kenal mereka ini untuk kita menghukum mereka sebagai penyokong Zionis? Adakah kita dapat menjangkaui batasan pancaindera manusia untuk melihat hati-hati dan niat-niat mereka yang kita katakan menyokong Israel? Sekiranya mereka menyokong Israel, mereka tidak akan membenarkan barangan Israel dan Amerika diboikot. Mereka tidak akan membenarkan qunut nazilah di baca di corong-corong mimbar masjid. Mereka tidak akan membenarkan orang berdemonstrasi menentang kekejaman Zionis. Dan mereka sekali-kali tidak akan membenarkan para ulama dan cendikiawan Islam terus memberi dan menaikkan semangat di atas mimbar-mimbar jumaat dan meja-meja ceramah. Diam bukan bereti mereka menyokong. Tidak semua benda kita tahu. Mungkin sahaja mereka sudah menghulurkan bantuan yang Allah sahaja yang tahu tetapi tidak digembar-gemburkan. Kita tidak boleh katakan mereka menyokong kecuali apabila mereka secara zahir dan terus-terang menyalurkan sumbangan untuk Israel dan Zionis. Kita kata mereka menyokong apabila mereka mengaku yang mereka merelakan kekejaman ini terus berleluasa. Namun, kita tidak pernah dengar ayat-ayat ini terpacul dari mulut-mulut mereka.

Keempat, kita buka sejarah umat Islam terdahulu. Sirah para sahabat, sirah para tabi'in. Bagaimana mereka mempraktikkan authorities yang mereka terima daripada Allah dan RasulNya. Kita belajar daripada mereka. Majoriti situasi yang berlaku hari ini pernah berlaku pada zaman salafussoleh. Bahkan mereka menerima ancaman dan tekanan yang lebih hebat daripada yang kita hadapi pada waktu dan ketika ini. Orang mengatakan pemimpin-pemimpin arab ini bacul, penakut dan pengecut. Itu pandangan dan tidak ada sesiapa yang boleh menyalahkan pandangan orang lain. Tetapi ingatlah mereka juga adalah manusia yang berpangkat MUSLIM seperti kita. Media massa ciptaan barat pasti akan menggunakan ruang ini untuk melihat orang Islam semakin berpecah. Hati-hati.

Keberanian dan semangat manusia berbeza-beza kerana Allah mencipta manusia ini berbeza-beza (67:2). Kita ada semangat yang berkobar-kobar. Kita ada keberanian yang membuak-buak. Tetapi jangan kita pandang rendah atau menjelekkan mereka yang tidak ada keberanian dan semangat seperti kita. Kita mampu berjuang lebih daripada mereka jadi kita buat apa yang semampu kita dan mereka buat apa termampu oleh mereka. Keikhlasan dan ganjaran dosa pahala hanya Allah yang tentukan.

TERUSKAN PERJUANGAN!! !! SESUNGGUHNYA KITA AKAN DIPERSOALKAN TENTANG AMANAH INI DI AKHIRAT KELAK. BERDOALAH KAMU UNTUK KEMENANGAN ISLAM KERANA SESUNGGUHNYA JANJI ALLAH ITU PASTI. ISLAM PASTI KE PUNCAK JAYA. PENGORBANAN MASA, TENAGA DAN WANG RINGGIT WALAUPUN SEDIKIT PASTI MENDAPAT GANJARAN DI SISI ALLAH. YA ALLAH BANTULAH SAHABAT-SAHABAT DAN SAUDARA-SAUDARA KAMI DI PALESTIN. BANTULAH MEREKA MENENTANG MUSUH-MUSUHMU YA ALLAH. HANCURKANLAH YAHUDI DAN SESIAPA YANG BERSAMA MEREKA. HANYA SESUNGGUHNYA KEPADAMU KAMI MEMOHON.

Wallahu A'lam.
Sahabat Seperjuanganmu.
:: Dipetik dari manarianzyahoogroup.com ::
[ M o h d . U d z a i r ]

No comments: