Thursday, September 10

040909/GF0071

Bismillah

Alhamdulillah. Selamat ana sampai di kaherah setelah lebih kurang 4 jam perjalanan dari Bahrain. Di Kaherah kami di sambut oleh BKSAM (badan kebajikan anak Selangor Mesir). Alhamdulillah juga selamat kami sampai ke hayyu ‘aasyir. Kalau dulu hanya namanya sahaja didengari. Tapi har ini ana sendiri berada di kawasan hayyu ‘aasyir itu sendiri. Allahuakbar ~

Setelah kami sampai kami telah di tauzi’ ke rumah – rumah dan beg – beg kami diangkat oleh abang – abang senior biarpun berat mana beg tu sekali pun, tambahan sekarang ni bulan Ramadan @ puasa. Jazakumullah khairal jaza. Kami berehat di musolla tingkat satu rumah Selangor. Dalam masa yang sama ada sedikit briefing dari ustaz – ustaz di sini untuk melancarkan perjalanan kami di sini.

Azan berkumandang. Kami dihidangkan dengan kurma dan air ang sedap, air lemonade. J memang hebat air tu. Kepuasan minum itu sangat berlainan dari minum kat Malaysia. Oh ye, kami telah berpuasa selama lebih kurang 17 jam untuk hari itu. Agak penat di situ. Kami solat maghrib secara berjamaah bersama – sama dengan akhawat yang berada di belakang dan terhijab. Zero ikhtilat!

Dah abis solat, kami dihidangkan dengan nasi tomato kot, bersama – sama dengan ayam yang sedap dan pedas.. boleh tahan dorg ni makan pedas.

Kami pun berehat hinggalah solat isya’ dan tarawiiiiiih..

Sekian

1 comment:

amir_ulul@yahoo.com said...

salam,,
menarik sungguh cerita enta ni luqman..tak sabar pula ana nak ke sana..kalau ada perkembangan terbaru di sana,cerita2lah dalam blog enta ni,,ana nak juga dengar penglaman enta disana..