Oh Hari Raya Ku.
[Entri kali ni bersifat peribadi]
Sayu
hati ini makin sayuu
Rinduu
terkenangkan desa permai
wajah ayah bonda
bermain di mata
mengajakku pulang ke desa
di hari bahgia hari raya..
Lagu raya siti K, bertajuk air mata syawal. Kat sini, suasana dia lain. Macam, “eh? Esok raye da eh?”. Raya disini tak seperti kat Malaysia. Everything is different. Kalau sebelum ni tak pernah – pernah nak tengok lagu – lagu raya, bukan takat tu je, tak pernah endah pun. Tapi kat sini, lagu – lagu raya orang melayu ni, memang hitz! Semua orang nak. Semua orang nak layan. Konon – konon cam balik jap la ke Malaysia. Penerbangan khayalan paling mujarab sekali. Hehe. Tapi tu la.. itulah reality die. Bayangkan, mereka yang dah bertahun – tahun kat mesir ni, apa perasaan dorg eh? Apa perasaan mak ayah dorg eh? Ceyh. Baik ko pikir, ape perasaan umi ayah tahun ni takde man time raye eh?
~Maafkan diri ini atas segala keterlanjuran yang pernah aku lakukan~
Member – member pun sekarang ni dah men cam touching – touching da. “ko jangan nanges doh” “kang mak ayah ko tau, malu ko”. Tak abes – abes nak ngusik. Haha. Tapi member – member la yang menjadi periang pemberi semangat pengusik penyakat kat sini. Kalaulah dorg xde kat sini.. alangkah x bestnye hidup kat sini. suasana confirm x best. Masing – masing mengingat kembali nostalgia time kat rumah. Ade yang suke gadoh ngn mak ayah, timbul rasa bersalah di hati. Ade gak yang suke nyakat nyikit mak ayah, terbit rasa rindu di hati. Yang suke buli adek beradek pun ade je. Almaklum, yang tua dalam keluarga kan, maka muncul lah rasa sayuu teramat dalam hati. Kerana mengingat kembali nostalgia diri sendiri, bersama keluarga yang dirindui. Rindukan suara garang ayah. Rindukan suara nanges adek bile tak dapat ape yang die nak. Rindukan rengekan mohsen bila tension die datang. Ku rindukan pekikan thabit bila die memekak kat rumah dengan lagu die. Haha! Ku rindukan muke afifah bile kesensitivitan terbit tatkala kne marah siiiiiiiikit je ngn umi. Terus hentam pintu kunci bilik!~ ku rindukan tumbukan ayah yang kadang – kadang sakit jugak sebenarnye. Masakan umi yang x pernah x sedap. Yang paling ku rindukan adalah time - time menemani ayah ke tempat – tempat yang ayah minx aku temani. Boleh aje ayah belanje makan. Borak tentang byk perkara..
Kalimah sayang, kalimah rindu, kalimah kasih, seakan ada zuq pabila menyebutnya taktala bila berjauhan dari keluarga. Aujuh aujuh [wajah – wajah] mereka bertandang di fikiran, sebak dada terasa. Apakan daya, diri ini lemah. Hanya doa sahaja yang mampu ku utuskan kerana doalah pengubat rindu yang paling mujarab sekali. Doa yang dilafazkan ikhlas dari hati. Dan aku yakin doa dari umi dan ayah ku tak pernah putus kerana mereka sayangkan aku. Doa dibalas dengan doa. Alangkah indahnya islam itu. Kesedihan mmg tak mampu ditolak. Tetapi, inilah lumrah orang yang berjuang..
Aaaah! X abes – abes nak sedey2! Cukup r tu. Haha!
Raya lagi beberapa hari je lagi kan..?
Terharu pabila mendengar pembebasan suami cikgu norlaila, mat sah, satu – satunya cikgu yang nasihatnya paling aku ingat smpi skrg. Cikgu yang aku amat hormati. Cikgu yang amat aku kagumi.
Tak lupa juga untuk family kbmkl. Korg mmg teruk r. Korg punye pasal la ana rindu kat korg semua. X pueh hati tol! Naseb la kbm x de kat sini. Tunggu la balik karang. Xpn jadi fasi on9 aje. Hehhe. Bak kate kmia la. Ngeee~
Salam hari raya yang amat bermakna bagi diriku untuk tahun ini~
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN
Khas dari hati nurani LuQman Zaharudin
Dari mesir, kaherah, hayyu aasyir.
7 comments:
man!
teharu gler..bia nme wafa x sebot..hak3..
pape pon..selamat hari raya!
sambot kat tmpt org..bkn sme org bole rse..doakan wafa nk exam key! =)
perhatian: entri ni ditulis dalam keadaan kesebakan dan tangisan
woha!
to wafa : hehe. ekeleh wafa. xde la org nak cubit2 nak men lari2 ngn wafa. hi3 :p
to sum : sudah sunnah org bjuang!~
Salam alaik...
Eid mubarak..maaf zahir batin.taqabbalallahu minna wa minkum...ameenn...
ape kes kami kt KBMKL dipersalahkn bl anta rindu kt kmi?hahaha...itula uniknya ukhwah family KBMKL...Kami pun rindu gak kt anta...lps ni xda la 'malaikat lupa skrip' yg kami nak sakat... ^__^/"
Man. Sabo ye Man. P Ngah dulu 7 tahun beraya di Texas. Moga Allah berkati Man di sana. Dah ada yg contact utk usrah? P Ngah
belum lagi p.ngah.
masih lagi menunggu. hehe. :D
erk.. btol tu kYong!
stuju!
kmi xbersalah kot..
mmg susah dh nk jmpe 'malaikat lupe lirik' pasni..
ari tu jd bahan je ngn kNina mase ktorg kbm kt PD baru2 ni.
abes die cite kt semua fasi akhawat psl kes nta ni.
haha! nasib kmu la labu..
^_^
Post a Comment