Apabila dikatakan, ‘Jom pergi usrah’, akan ada segolongan manusia akan bergegas bersiap. Segolongan manusia yang lain pula akan mencebik muka dan berkira-kira, ‘Tak boleh. Aku sibuk. Assingment berlambak. Study pun tak habis. bla..bla..bla…’
Sebenarnya, usrah itu apa?
Apa hukum join usrah ni?
Wajib kah? Sunnat kah? atau sekadar harus?
Usrah tu apa?
Saya tidak ada jawapan yang paling tepat. Tapi saya memandang usrah ini seperti telefon bimbit. Telefon yang ada battery, dan memerlukan battery untuk berfungsi. Masa berlalu dan battery pun menjadi semakin lemah dan akhirnya telefon itu mati (tidak berfungsi). Maka, usrah ialah seumpama charger yang akan mengembalikan tenaga battery itu.
Sama halnya dengan manusia. Manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah (full battery). Sedang dirinya membesar, keimanan dan kederhakaan bertukar-tukar hingga mengikis iman (battery low). Tika itu, kita tidak mampu menjadi seorang muslim yang sebenar (tidak function) dan memerlukan kepada tarbiyyah (charge iman).
Sebenarnya Imam Hassan Al-Banna ada senaraikan sepuluh objektif usrah dan tarbiyyah yang saya tidak akan kongsikan sekarang. InsyaAllah dalam tajuk yang lain.
Hukumnya apa?
Juga tiada jawapan yang satu. Tapi bagi saya, usrah ini wajib. Wajib kepada saya dan anda. Saya mengambil dalil dari satu hadis riwayat Al-Baihaqi bahawa-“Menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan bagi setiap muslim”.
‘Tidak semestinya nak tuntut ilmu, kena join usrah’. Balas seorang rakan. Begitukah?
Ya. Tidak dinafikan. Ilmu Allah maha luas. Belajar, tak semestinya 2 jam seminggu, atau 2 jam sehari. Proses belajar terjadi dimana-mana. Di depan skrin komputer pun, proses tarbiyyah boleh berjalan. Tapi, adakah ini tarbiyyah yang sebenarnya?
Tidak. Tidak sama orang yang belajar dengan guru, dengan orang yang belajar dengan cara membaca tanpa guru. Kerana itu, di dalam usrah, proses tarbiyyah ini berjalan dengan lebih sistematik, lebih jamak, dan lebih tersusun.
Saya tidak pandai nak bercerita panjang, kerana saya sendiri masih mentah dalam dunia usrah. Saya pun hanya hampir 6 bulan join usrah dan saya hanya mampu menyatakan satu perkataan, iaitu ‘meyeluruh’. Ia adalah satu proses mengenal Tuhan, mengenal diri sendiri dan juga mengenal lawan serta kawan dengan menyeluruh.
Alhamdulillah. Allah beri saya peluang untuk mengenal manusia yang baik-baik.
Sibuknya kita.
Antara sebab lain saya cenderung mengatakan usrah ini wajib adalah kerana faktor kesibukan kita. Sebagai manusia, kita akan sibuk mostly, dengan pekerjaan (bagi orang bekerja) atau dengan belajar (bagi students). Dalam senggang masa itu, kita juga akan disibukkan dengan salah satu dari 3 kesibukan. Kita akan sibuk, samada sibuk dengan islam, sibuk dengan maksiat atau sibuk dengan tidak buat apa-apa.
Sibuk dengan islam.
Ini dilihat dengan kebersamaan diri kita di dalam majlis-majlis ilmu dan dakwah. Manusia sebegini hidupnya bermatlamat dan mempunyai tujuan. Mereka sedar bahawa mereka ‘perlu’ kepada Allah. Mereka mahu mengenali, mendekati dan mencintai-Nya. Lalu, dalam kesibukan pun, mereka masih sedia menggunakan masa lapang untuk mencapai matlamat itu, dan benar, Allah perkenankan keinginan mereka.
Merekalah manusia yang ada fungsi.
Sibuk dengan maksiat.
Secara kasar, merekalah orangnya yang menggunakan masa lapang dengan menyibukkan diri berbuat maksiat. Dating menjadi amalan harian. Mengumpat dan bergosip menjadi zikir harian. Membaca dan menonton bahan-bahan lucah dan tidak bermanfaat menjadi kebiasaan. Ah, terlalu rugi jika tergolong dalam golongan ini.
Allah akan bertanya kepadanya tentang nikmat kelapangan. Lalu dihadapan Allah, kaki, tangan, kepala dan kulitnya akan berbiara, “Tuhanku, tuanku ini menggunakan aku untuk bermaksiat kepadamu sedang aku tidak meredhai perbuatannya”.
Kemana lagi destinasi bagi pendosa, jika bukan ke lautan derita tidak berpenghujung?
Sibuk tanpa apa-apa.
Saya juga bagini dahulu. Sibuk! tapi entah, tak tahu sibuk buat apa. Sedar-sedar, masa berlalu sedang saya tidak sedar dan tidak mendapat manfaat dari masa. Sibuk main game, sibuk online, sibuk..sibuk..sibuk.. tapi at the end, nothing.
Special credit to Abang Hazwan kerana menjadi individu yang paling awal drag saya into the wonderful world of tarbiyyah. Walaupun tak lama kerana diganti oleh Abang Azrin (murabbi saya yang sekarang), saya merasakan bahawa setiap kali saya berkongsi kebaikan dan ilmu dengan kalian, individu-individu ini sentiasa mendapat pahala yang percuma.
Allah saja yang mampu membalas kebaikan kalian.
Pesan saya.
Ramai orang berpesan kepada saya, “Masa di universiti inilah masa yang paling free untuk belajar agama”
Bahkan ada yang turut berpesan, “Semoga istiqomah walaupun selepas kahwin”
Hakikatnya, apabila kita sudah mula bekerja dan berkeluarga, tanggungjawab kita semakin meningkat. Tidak akan ada masa terluang yang banyak kerana keluarga, tarbiyyah dan dakwah akan berebut-rebut minta perhatian. Kembali, time management sangat penting.
Ada orang, di usia remaja dan alam universiti sangat aktif dalam dunia dakwah dan tarbiyyah. Tapi apabila masuk alam pekerjaan, mula futur dan apabila sudah berkahwin, terus tinggal tanggungjawab mentarbiyyah diri dan berdakwah. Apa ini? Bukankah amalan yang istiqomah itu lebih disukai oleh Allah?
Saya pun perasan bahawa ramai readers saya pun umur baya-baya saya. Jadi, saya sangat menggalakkan kalian melibatkan diri dengan jemaah-jemaah usrah ini. Mungkin pengalaman kita di zaman sekolah menengah menyebabkan kita bersikap ‘menentang’ kepada usrah. Mungkin kerana di sekolah lama anda, ada juga usrah tapi ia tersangat-sangat membosankan, seperti membuang masa dan tidak ada isi.
Tapi, tidak adil jika kita menghukum sesuatu kerana pengalaman yang kurang indah, kan?
Saya mahu jika disibukkan dengan agama. Benarlah sabdaan Baginda, manusia tidak akan merasa cukup dengan ilmu. Saya mula merasa perasaan ini. Perasaan yang sangat halus yang mendorong saya untuk mencari ilmu dan beramal dengan ilmu itu.
Kesimpulan.
Artikel ini bukan bermaksud saya menyuruh kalian join usrah. Saya sendiri tak tahu bagaimana bentuk usrah di kolej kalian. Tapi saya hanya mahu kalian terikat dengan satu aktiviti atau kumpulan yang akan sentiasa memberi suntikan iman, ilmu dan membawa kalian dekat dengan Allah. Sibukkanlah diri dengan islam di usia muda ini, kerana jika sudah mula bekerja, lebih sukar.
Any group should be okey. If tak berminat join usrah, join la jemaah tabligh. Saya? Saya join usrah, dan subhanallah… tiada perkataan yang lebih baik dapat saya ucap kecuali alhamdulillah.
Semoga kita semua istiqomah mencari wajah Allah.
Jazakumullah
via : http://assabiqjahiliyah.tumblr.com/post/1720096381/perkongsian-usrah
No comments:
Post a Comment