How to start a conversation memanglah sangat susah. Samalah juga dengan nak menulis hendaknya.
Saya bukanlah orang yang hebat dalam bercakap. Saya akui perkara tu. Saya adalah seorang pendiam. Saya memang pendiam. *Ah sudah, mood nak menulis tajuk sebenar sudah lari*. Semua orang yang kenal saya, saya rasa confirm akan kata Luqman ni pendiam orangnya. Saya tak reti nak kecoh kecoh. Kecoh bukan sifat saya. Itulah sebenarnya kelemahan saya yang ketara. Dan sehingga hari ni saya taktahu macam mana nak ubati kelemahan ini.
Dunia sekolah rendah saya bukanlah adventerous sangat. Saya adalah dalam kategori orang - orang yang skema. Oleh kerana mak saya adalah seorang cikgu di sek ren saya, maka saya automatikly? adalah seorang skema. Walaupun saya ni adala cuba - cuba nak nakal, tapi nakal saya tak kemana. Rekod saya, saya rasa bersih, kot?
Itulah saya di sekolah rendah. Kurang nak rasa rebel. Walaupun adalah saya rebel sikit - sikit ngn mak saya. Tapi rebel saya tak lah kemana.
Cerita yang paling saya ingat adalah cerita saya keluar dari sekolah kot? Pegi rumah member tanpa bagitau mak saya. Saya pergi ke rumah member sampailah ke malam. Keluarga saya pada ketika itu banyak kali berpindah randah. So, pada waktu itu, saya duduk di Pandan Indah. Mungkin saya tengah darjah 4 atau 5. Tak ingat.
So, saya lepaklah kat rumah member tu. Buat ape kat rumah member? Main game lah sepanjang lepak. Time tu Starcraft tgh hangat. So kitorang main game tu. Saya taklah power main game. Tapi gila game tu adalah. Sek ren mmg geek la kot.
Maka untuk dijadikan sambungan cerita, pada petang itu, saya balik ke rumah dengan bas. Tapi bas tu taklah hantar sampai ke depan rumah. Jadi saya dari Ampang Point jalan kaki sampai ke rumah. Jauh senanye. Jauh giler kot. Tapi saya ni main jalan je. Cam takde rasa bahaya. Nasib baik time tu 90an, belum tahun 2000 ke atas.
Sampai saya di rumah, saya lihat takde orang. Saya sangat hairan. Mane pergi mak ayah saya. Maka tunggulah saya di bawah rumah. (time tu rumah macam atas kedai kot) Saya tunggu sampai nak dekat maghrib. Maka, bila nak dekat maghrib saya nampak satu family saya dalam kereta. Bila kereta berhenti depan rumah, semua orang keluar nak peluk saya. Saya sangatlah hairan. Mulalah soalan "Man pegi mana, Kitorang cari tau!". Mak saya sebenarnya sudah menangis nangis mengingatkan saya dengan macam - macam perkara yang buruk sudah berlaku pada diri saya. Maka pada ketika itu saya taktahu nak cakap apa melainkan senyap sahaja.
Rupenye. Family saya sudah mengingatkan saya sudah larikan diri dari rumah atau sudah diculik. Apakah anda akan rasa jikalau anak anda sudah hilang atau diculik? Begitulah perasaan mak saya ketika itu.
So semua orang naik atas, dan kehidupan berjalan macam biase balik.
Oh! Time tu ayah macam berkerut muka tapi cool. Standard la. Ayah kan. Anak hilang relax la. Hehehe.
The End.
Saya ada lagi gambar saya time kecik, tapi saya simpan buat kenangan. taknak tunjuk. Maluuuu!
Cool tak cerita ni?
Ini baru sikit. Banyak lagi cerita sebenarnye. =)
Sunday, April 24
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
oke la tu. dah boleh cter. cter lagi la.~
Post a Comment