Tarikh ini insya Allah adalah tarikh yang penting bagi aku, juga merupakan satu perpindahan fasa kehidupan bagi aku, dalam erti kata lain, aku akan melihat dunia ini dalam sudut pandang yang berbeza. Semoga ini berlaku.
Alhamdulillah, pernikahan abg aku, Mohd Thabit dengan Kak Fatimah Aqilah berjalan dengan lancar. Dua keluarga sudah pun Allah swt satukan. bukan hanya dua pasangan. biar secara zahir ia begitu, kerna yang menjadi raja dan permaisuri itu adalah pasangan pengantin. hehe.
Dalam menyatakan filosofi perkahwinan, lain orang lain pandangan nya. Pandangan yang terbina dalam diri setiap orang itu adalah berdasarkan sejarah kehidupannya. Faktor lain adalah persekitaran dan orang orang sekeliling yang telah membentuk sudut pandang nya terhadap sesuatu perkara. kerna itu pepatah inggeris berkata "put yourself in someone's shoes" jika kita ingin memahami sudut pandang seseorang.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bila kita nak kawen, for sure akan banyak soalan yang akan pop out. Itu ini dan sgbnya. Tp, saya yakin semua persoalan yang kita tertanya tanya tu akan terjawab bila dah kawen. (Oh, saya belum kawen lagi).
Kadang kita duk sibuk mengejar jawapan jawapan bagi persoalan persoalan yang hidup dalam diri kita. Walhal ada lagi perkara yang lebih besar utk kita selesaikan jawapannya.
And what is that?
This is just a mere sudut pandang bagi saya, orang yang belum kawen.
Yang perlu kita selesaikan adalah, pemahaman kita terhadap alquran dan sunnah. (Oh. Ini adalah wajib ye bagi setiap individu muslim!)
Kenapa? Sebab dengan pemahaman ini, kita akan menjalani kehidupan kita dalam kerangka muslim yang sepatutnya. Tidak kira sebagai seorg suami, anak, ayah, kawan atau sebagainya. Kita MESTI hidup sebagai seorang muslim!
Dan bagaimana cara nya? hehe. Soalan emas nampak? Atchum! hoho. Syeikh, jujurnya, lain orang lain caranya. ada yang pergi talaqqi dengan syeikh syeikh. ada yang dengan pembacaan yang meluas, ada yang melihat video video di alam maya oleh ustaz ustaz yang terkenal ada yang melihat world wide view. Bagi saya?
Bagi saya, saya rasa semua yang diatas itu adalah perlu, dan cara saya untuk memahami Al-Quran dan Sunnah adalah dengan saya pegi usrah, join usrah. Di mana di situ ada murabbi dan saya sebagai mutarabbi. Ini adalah manhaj yang saya benar benar pegang utk saya faham apa itu Islam.
Oh. yup. saya join usrah. dan insya Allah saya masih lagi konsisten dengan usrah. :)
Nak tau lebih lanjut apa itu usrah? leh email saya : luqman.zaharudin@gmail.com.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
(Dari cerita bab kawen kepada persediaan kawen kepada usrah) Wah! Jauh tu! hehe. Tapi guys. realiti nya inilah dia. Kalaulah kita lihat dunia kita yakni Malaysia, pabila kita kahwin, kita akan insya Allah punyai zuriat yakni anak. Dan jujurnya, saya sangat takut untuk anak saya hidup dalam suasana di Malaysia sekarang. Dengan hedonism. liberalism, melayuism, dan macam macam lagi yg saya tak reti nak eja.
Disini datangnya keperluan dan peranan pemahaman kita terhadap Alquran dan Sunnah.
Argh! The world isnt safe anymore for us to live now! Can u imagine, kubur di malaysia pada hari ini sudah mempunyai masa melawat? and why is that? sbb ada orang yang mencuri kat kubur kubur.
Kalau dulu kubur adalah tempat yang kita geruni kerana hantu pocong. haha. but today kita akan gerun sebab mmg ada manusia yang real hidung mata telinga mencuri kat situ.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Balik balik cite sal kawen. Perkahwinan bukan lah suatu yang mudah. ia juga bukanlah satu perkara yang kita tidak inginkan, malah kita impikan juga.
Tapi bagi saya. ia adalah satu tugas yang sangat berat (bagi mereka yang faham dakwah). Kerana, perlu kita fikirkan, apa signifikannya keluarga aku ini pada masyarakat setelah aku berkahwin? Apakah aku akan menjadi keluarga yang biasa atau keluarga yang bukan qudwah atau keluarga yang orang sekeliling yang aku hidup menjadikan keluarga aku sebagai keluarga contoh? Tough isnt it?
Idealistic sangat ke idea ni? Or boleh kan kita realisasikan? It is possible Insya Allah.
Oleh itu, perlu sekali untuk kita faham apa itu quran dan sunnah, dan sekali lagi saya kata, saya leh faham semua tu lam usrah. (yes, it does takes time) tp alhmdlh.
This is for us to make our world that we live in it, a better place. And insya Allah better for our children to live in. And insya Allah too, for our cucu cicit a better place to live in.
Bismillah. Semoga Allah perkenankan impian ini.
Tamannau! Tammannau! Tamannau!
ps : Oke. serius. rindu dengan Msia. Rindu dengan umi ayah and sume sume lah! hehehe. :D
And Barakallahu lakuma wa baraka 3alaikuma wajama3a bainakuma fi kheyr iA Thabit and kak Kayla. :)
3 comments:
mabrouk Thabit dan isteri :)
tertunggu2 nasi minyak Luq plak hihi
tengs anonymous. doakanlah dipermudah urusan iA.
always ~
Post a Comment