Sunday, May 24

aku sendiri tergelak

come on n get me la.
im goin to be here.
not anywhere.
n im not goin to be there.
feel free to join me?
jom !!

sungguh perit utk mengetahui
akan kebenarannye.
the truth has reveal.
aku bertalam muka dua
atau mereka?

menyembunyikan kebenarannya
akan ayahnya
akan anak2 yg derhaka
puas lah hati utk mengetahuinya

inikah yg aku ingin ketahui?
apa akan kesudahannya?
apa yg aku boleh lakukannye?

terobeklah hati bg mrk yg ketahui
sedih memikirkannya

terasa akan aku
tak patut mengetahuinya
itulah hikmah

sudah letih
sudah penat
sudah rungsing
sudah kecewa

apakah kesudahannya
ke mana hala tuju ia

hendak pergi lebih jauh?
atau bersahaja sahaja?

tiada lah yang lebih baik
selain Al-Quran & Al-Sunnah




[monolog antara aku dan aku]

Satu Pagi. Di Highland.

200509, saye berade di Cameron highland. I was given a task – to fotostat material ayah [20 set]. At first, I tot senang la keje, just go to brinchang then fotostat je la. But it wasn’t. when I arrived kat brinchang, to find a kedai fotokopi was a task. Kawasan bukit – bukit made me kinda panas badan. Hehe. Exercise secare x sedar.

When u sesat, tanye la org. pepatah yg btul x igt. Keh3!! :p so, tny la ade india sorg tu. I show my most respect to him, but in return, he wasn’t hearing me, just tunjuk je. Ntah manetah die tunjuk. Haiyya. Xpela. May ALLAH give him hidayah. [kalu sape kenal saye, tau la sopan camne saye ni. Haha.]

I proceed dgn pencarian. Nmpk la satu kdai komunikasi. Ala, cam jual kedit n fon gtu gtu la. Nmpk jugak ade2 org akak yg bertudung. Alhamdulillah la. Ade jugak  org melayu yg bukak kedai kat cni. Senang sikit nk komunikasi. Besenye ade la fotokopinye. Ade. Tp 30$ sekali fotostat. Nasib baik akak tu baek.

“ kat sini mahal dek, 30$en. Cube adek pegi kat kedai sebelah ni. Die buat fotokopi. “

Time kasiiiiih byk2 kat akak tu. Lepas satu task. Unfortunately, 12$ satu fotokopi. Ok la. Tp lagi satu masalah. Xde fail die jual. Kne la carik fail. Punye la jauh jalan nak carik fail. Kat PASARAYA JIMAT namenye. JIMAT la sgt. K 20 fail = RM100. Mahal tuu. 1 fail = ??. kire la sendiri. Hihi.

Bwk la dgn kotak yg berat pegi kekdai 12$en tadi. Tak jugak selesai. Deme tak buat servis masukkan dalam fail terus. Waaaaaa !! pastu kte tny la. ‘ erm kat mane ade kdai buat servis tu ye?’. Demi menyelamatkan bisnesnye atau dari pelanggan lari, boleh die cakap ‘kat sini tidak ada servis itu macam’ ‘u carik u tala jumpa punya’ [ kedai tu cine punye]

Takpe amoi. I don’t believe u. benak hati bercakap. Mostly cine ni nnipu. Not being a rasicm eh. Tp by my experience, yes. Not to mention cine in road. Lagi la !! sabo je la. Xpela bos. Thanks ya !! die buat muke. Haha.

Btau la ayah dgn situasi yg sedang berlaku. Bincang – bincang, keputusan pun dibuat. GO TO TANAH RATA. Konfem ade.

Jalan kat ctu, agak bahaye aw. Lagi parah dari bkt putus yang kat N9 tu. Xpela. Slowly bwk. Bak kate kat tv, Biar lambat, asal selamat. Hehe. J

Sampainye di tnh rata, it was a pekan. Alhamdulillah senang carik parking. Kluar klua jek, ade org melayu. Haha. Gumbira rasanya. Org tempatan lak tu. Konfem dorg tau. Lepas tny, sah dorg tahu. Haha. Senang keje!  Sampai la di kedai yg dikatakan. Wah..  Ade sorg ppuan ni. Igt cine. So tny la an dlm loghat cine melayu an. ‘u fotostat bape sekali’. ‘Seposen’ jawab die. Pastu tny agi. ‘U buat x servis masukkan dalam fail, mcm ni’, tunjuk sampel la. ‘ o. kire cam nak masukkan dalam fail r? aha [kehairanan] cine ke melayu? Tp gaye cakap gerek r. melayu gile !! ntah r. konpius. Pastu die p r gtaw bos die. Cakap cine lak. Aduh ! mane satu ni? Haha. Biar jek. Yang penting siap. Bos pun cakap ‘ok. Boleh. Tp u bagi masa la. Satu jam okey?’ ‘okeh bos. No prob’ SETTLE !!

Sume – sume siap dalam an hour, so dlm menunggu tu beli la surat akhbar. NST [x boikot kan?] & Sinar. Lame x bace NST. I mean da lame x bace English la. Dah asek2 bhs arab, susah jgk kan. Kne imbangkan. So, konfem r bace bhgian sukan lu an. Haha. X abes2. Arsene nk kluar arsenal? Spekulasi yg agak hangat.

It was a good morning. What ive learned is that, being a manusia, makes u vulnerable. Dalam menghadapi hari – hari kite, byk situasi akan berlaku. Kdg – kdg rase tertekan, penat, sakit hati, tersinggung, marah, gembira, kecewa, puas hati, dll. Situasi itulah yang akan menjadikan emosi kita berubah – ubah. Apabila emosi itu berubah – ubah maka fikiran kita akan berubah – ubah. Tak mungkin seorg manusia itu berasa satu perasaan shj dalam satu hari. Hehe. Gile ape manusia tu. :p

Panjang juge ana merapu. Mungkin sedikit lepasan perasaan yang ditunjulkan disini. Mohon maaf jika ade yang tidak berkenan. Tetapi panjangnye pun ade sedikit yang ingin ana sampaikan pada pembaca sekalian. Mungkin dgn cara yang begini ~

Persoalan yang timbul disini, sejauh mana kita akan mengingati ALLAH tatkala emosi kita berubah?

Selalunye apabila emosi kita berada dalam keadaan yg susah, baru nama – nama yang kita bergantung padanya akan keluar dan disebut – sebut.

Bile sakit aje, ‘ALLAH.. sakitnye...’

Bile plan x jadi, ‘ALLAH, apesal jadi camni?’

Bile terkejut, ‘YA ALLAH budak ni..’

Bile rase berdosa, ‘ byknye dosa aku YA ALLAH.’

Dan macam – macam lagi.

 

Yang paling penting, berusahalah kita utk mengingati ALLAH sejauh mana keadaan kita sekalipun. Kerana, itulah yang akan dinilai oleh ALLAH. Adakah kita akan mencuba atau tidak mencuba. Mungkin kita tidak sesempurna mereka yang berilmu, namun dgn usaha yang cuba kita lakukan, i.allah ada ganjaran dari-Nya.

Adakah kita akan menyatakan kebersamaan dalam mengingati ALLAH? Atau tidak pernah terlintas dalam hati sekali pun utk mengingati Yang Maha Pencipta? Atau hanya sesekali sahaja? Semua jawapan, hanya hati dan jiwa mampu menjawabnya.Pencerahan itu bukan utk yang MANJA.

~ Bismillah :

[ Fazkuruuni azkurkum ] ~ [ Sebutlah nama KU nescaya akan ku sebut nama mu ]

[ Man jaa-a bil hasanati falahu ‘ashru amthaliha ] ~

[ Barangsiapa yang datang dgn satu kebaikan, maka baginya, sepuluh seperti apa yang dilakukan ]


Qaala s.a.w :

[ Ittaqillah haithu ma kunt ] ~ [bertaqwalah engkau dimana sekalipun engkau berada ]

[ wa ana ma’ahu iza zakarani ] ~ [ Dan AKU bersama dengan hambaKu apabila hambaKu mengingatiKu ]

Saturday, May 16

bukan untuk mereka yang manja


“Pencerahan bukan untuk orang manja

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.

yang cepat mengalah,

yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.

Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”

Note: Sumber :