Tuesday, May 29

Kaffarah?

Demam. Kaffarah mungkin. Berat sekali ujian ini. Apatah lagi tika ini imtihan sedang berlangsung. Lemah badan.

Friday, May 25

Kerna Aku Adalah Aku Hari Ini.

Pabila silam yang ku lihat
Hanya duka yang terlihat

Sudah sepuluh liku duri
Terasa bagai semalam

Biar itu berlaku
Aku hari ini adalah aku

Apa aku sesal?
Tidak sekali!

Harian pilihan diteliti
Pilihan ini sudah ku teliti

Namun lemah adakala
Kerna itu ku pulang kembali

-------------------------------

Kerana aku adalah
Aku hari ini

ps : Experience does make us who we are today. Mungkin takdir sudah meletakkan setiap orang ada jalan yang akan mereka lalui. Moga akan datang jalan yang aku lalui adalah yang terbaik untuk diri aku.

Kerana pengalaman itu membuat aku, aku sebagaimana aku hari ini.

http://www.supermansupersite.com/i-standee.jpg

Wednesday, May 16

Bubur Kacang Hijo.



Bismillah. Alhamdulillah berjaya satu lagi resepi. Bubur kacang hijo. versi Mesir. hehe. Berkongsi sedikit bahan bahan dan cara buatnya :

Bahan :

1. 1 cawan kacang hijau
2. 3/4 cawang gula
3. Santan (ikut suka)
4. Madu hitam

Cara :
  1. Rendam kacang hijau dengan air overnight (supaya lebih empuk!)
  2. Rebus kacang hijau (setelah overnight) bersama gula 10 -15 min
  3. Setelah itu masukkan santan dan madu hitam (ikut citarasa)
  4. Lagi lama rebus lagi sedap dan tahan lama dari basi.

Selamat mencuba! ;)

Ps : Melalui proses kecewa, sbb masa mula2 masak wth madu hitam rase x sedap. Terpaksa keluar gi kedai beli madu hitam. kemudian pulang dan masukkan madu hitam. Mmg umph!. Alhamdulillah. Lesson learnt; never putus asa in cooking, theres always room to improve. hiks. 8)