Saturday, April 9

Impian aku, dan orang lain?

Setiap orang dalam dunia ini mempunyai sebuah impian. Begitulah juga dengan aku. Impian aku kalau dalam bentuk tulisan sangat mudah untuk dibaca. Aku mengimpikan kefahaman tentang Islam secara meyeluruh dan aku berimpian untuk melihat Islam tertegak di muka bumi ini. Tetapi hakikatnya sangat sukar untuk direalisasikan.

Kalaulah impian ini sangat mudah untuk direalisasikan, nescaya sekarang ini sudah aku tersenyum panjang melihat keindahan Islam diterapkan dalam seluruh pelusuk dunia.

Tak inginkah kalian semua melihat perkara ini berlaku?

Aku bukanlah orang yang hebat dalam berkata - kata. Apatah lagi dalam bidang penulisan. Tetapi disini, aku ingin sekali berkongsi dengan kalian apa yang aku impikan.

Adakala, apabila aku membaca sirah Rasulullah s.aw atau sirah para Sahabat r.a, aku berasa ghibtah dgn mereka. Kerana Islam begitu dihalusi dengan benar - benar kehalusan. Yang mana madrasah tarbiyah Rasulullah telah mencipta pelbagai ragam para sahabat. Dengan melihat kekuatan mereka adakala aku merasa janggal. Manakan tidak, belum pernah aku berjumpa dengan manusia seperti di zaman para sahabat itu.

Khalifah Umar Al-Khattab. Siapa yang tidak kenal Al-Farouq? Ya akhi. Dengarkan kisah ini. Diceritakan bahawa ketika mana di padang mahsyar, akan dipanggil semua manusia, yang mana seluruh manusia akan memasuki syurga Alllah swt kecuali seorg shj. Maka Umar berkata "Aku berasa aku lah seorang itu, yang tidak akan masuk ke dalam syurga"

Diceritakan pada suatu hari, Umar Abdel Aziz telah diberi sebuah kerusi untuk diduduki olehnya. Namun, Umar Abd Aziz berkata "Tidak mengapa, aku rasa aku lebih selesa untuk duduk di lantai dari aku duduk di atas kerusi itu". Seorang khalifah lebih rela untuk duduk di lantai dari duduk di atas kerusi?

Diceritakan juga; Timbalan bagi Umar Abd Aziz telah diberi satu tugas yang mana tugas itulah sahaja yang perlu dilakukan oleh timbalannya. Iaitu, "tugas kau hanya satu, berjalanlah di belakang aku kemana sahaja aku pergi, dan jika aku melakukan kesalah dalam tingkah laku ku ingatkan pada aku bahawa aku akan mati tidak lama lagi".

Apabila Islam benar - benar diterapkan dalam kehidupan manusia, beginilah natijahnya.

No comments: