Janganlah kau tergopoh - gopoh mencari natijah atas apa yg dikau usahakan,
Hakikatnya jalan dakwah itu masih jauh dalam tatapan,
Mungkin juga kemanisan itu tidak akan kau rasakan,
Kerana itulah hakikat sunnah perjuangan,
Janganlah kau bersedih hai teman,
Bukankah firman Tuhan akan berulang sebuah kemenangan,
Ikhlas perlu digenggam sehingga terserap dalam perjalanan,
Kerana itu adalah bekalan sepanjang zaman.
Dakwah itu berbeda dgn picisan,
Lawak ketawa seakan tidak keruan,
Beda dgn dakwah kita merasa keperitan,
Tetapi perit itu kita rasa sebuah kemanisan!
Olahan dari post Dakwah dengan Tenang
Jazakillah khairan kathira ana ucapkan. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment