Wednesday, March 18

Demi Matahari



Surah As-Syams
Allah itu Maha.Kuasa 
Allah itu Maha.Segala.Sesuatu
Tidak sama sekali boleh kita
Menafikan akan kuasaNya
.Allahuakbar.Subhanallah.Astaghfirullah.
Namun, dengan segala kekuasaNya
Rabbuna
Masih bersumpah dengan ciptaanNya
Bukan dengan satu
Tetapi 
Bersumpah dengan tujuh ciptaannya
Kerana
Ingin memberitahu hamba²Nya 
Ttg sesuatu
Sesuatu yang tidak boleh dilihat 
Dgn mata kasar
Hanya boleh dilihat dgn mata hati
Moga² dengan itu
Hamba²nya dapat mencari 
Hikmah disebaliknya


Demi matahari
Dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari
Bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah mengilhamkan
sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Subhanallah...

.Renungilah ia wahai ulul-albab.

No comments: