Thursday, September 17

Oh Hari Raya Ku.

Oh Hari Raya Ku.

[Entri kali ni bersifat peribadi]

Sayu

hati ini makin sayuu

Rinduu

terkenangkan desa permai

wajah ayah bonda

bermain di mata

mengajakku pulang ke desa

di hari bahgia hari raya..

Lagu raya siti K, bertajuk air mata syawal. Kat sini, suasana dia lain. Macam, “eh? Esok raye da eh?”. Raya disini tak seperti kat Malaysia. Everything is different. Kalau sebelum ni tak pernah – pernah nak tengok lagu – lagu raya, bukan takat tu je, tak pernah endah pun. Tapi kat sini, lagu – lagu raya orang melayu ni, memang hitz! Semua orang nak. Semua orang nak layan. Konon – konon cam balik jap la ke Malaysia. Penerbangan khayalan paling mujarab sekali. Hehe. Tapi tu la.. itulah reality die. Bayangkan, mereka yang dah bertahun – tahun kat mesir ni, apa perasaan dorg eh? Apa perasaan mak ayah dorg eh? Ceyh. Baik ko pikir, ape perasaan umi ayah tahun ni takde man time raye eh?

~Maafkan diri ini atas segala keterlanjuran yang pernah aku lakukan~

Member – member pun sekarang ni dah men cam touching – touching da. “ko jangan nanges doh” “kang mak ayah ko tau, malu ko”. Tak abes – abes nak ngusik. Haha. Tapi member – member la yang menjadi periang pemberi semangat pengusik penyakat kat sini. Kalaulah dorg xde kat sini.. alangkah x bestnye hidup kat sini. suasana confirm x best. Masing – masing mengingat kembali nostalgia time kat rumah. Ade yang suke gadoh ngn mak ayah, timbul rasa bersalah di hati. Ade gak yang suke nyakat nyikit mak ayah, terbit rasa rindu di hati. Yang suke buli adek beradek pun ade je. Almaklum, yang tua dalam keluarga kan, maka muncul lah rasa sayuu teramat dalam hati. Kerana mengingat kembali nostalgia diri sendiri, bersama keluarga yang dirindui. Rindukan suara garang ayah. Rindukan suara nanges adek bile tak dapat ape yang die nak. Rindukan rengekan mohsen bila tension die datang. Ku rindukan pekikan thabit bila die memekak kat rumah dengan lagu die. Haha! Ku rindukan muke afifah bile kesensitivitan terbit tatkala kne marah siiiiiiiikit je ngn umi. Terus hentam pintu kunci bilik!~ ku rindukan tumbukan ayah yang kadang – kadang sakit jugak sebenarnye. Masakan umi yang x pernah x sedap. Yang paling ku rindukan adalah time - time menemani ayah ke tempat – tempat yang ayah minx aku temani. Boleh aje ayah belanje makan. Borak tentang byk perkara..

Kalimah sayang, kalimah rindu, kalimah kasih, seakan ada zuq pabila menyebutnya taktala bila berjauhan dari keluarga. Aujuh aujuh [wajah – wajah] mereka bertandang di fikiran, sebak dada terasa. Apakan daya, diri ini lemah. Hanya doa sahaja yang mampu ku utuskan kerana doalah pengubat rindu yang paling mujarab sekali. Doa yang dilafazkan ikhlas dari hati. Dan aku yakin doa dari umi dan ayah ku tak pernah putus kerana mereka sayangkan aku. Doa dibalas dengan doa. Alangkah indahnya islam itu. Kesedihan mmg tak mampu ditolak. Tetapi, inilah lumrah orang yang berjuang..

Aaaah! X abes – abes nak sedey2! Cukup r tu. Haha!

Raya lagi beberapa hari je lagi kan..?

Terharu pabila mendengar pembebasan suami cikgu norlaila, mat sah, satu – satunya cikgu yang nasihatnya paling aku ingat smpi skrg. Cikgu yang aku amat hormati. Cikgu yang amat aku kagumi.

Tak lupa juga untuk family kbmkl. Korg mmg teruk r. Korg punye pasal la ana rindu kat korg semua. X pueh hati tol! Naseb la kbm x de kat sini. Tunggu la balik karang. Xpn jadi fasi on9 aje. Hehhe. Bak kate kmia la. Ngeee~

Salam hari raya yang amat bermakna bagi diriku untuk tahun ini~

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR & BATIN

Khas dari hati nurani LuQman Zaharudin

Dari mesir, kaherah, hayyu aasyir.

Thursday, September 10

040909/GF0071

Bismillah

Alhamdulillah. Selamat ana sampai di kaherah setelah lebih kurang 4 jam perjalanan dari Bahrain. Di Kaherah kami di sambut oleh BKSAM (badan kebajikan anak Selangor Mesir). Alhamdulillah juga selamat kami sampai ke hayyu ‘aasyir. Kalau dulu hanya namanya sahaja didengari. Tapi har ini ana sendiri berada di kawasan hayyu ‘aasyir itu sendiri. Allahuakbar ~

Setelah kami sampai kami telah di tauzi’ ke rumah – rumah dan beg – beg kami diangkat oleh abang – abang senior biarpun berat mana beg tu sekali pun, tambahan sekarang ni bulan Ramadan @ puasa. Jazakumullah khairal jaza. Kami berehat di musolla tingkat satu rumah Selangor. Dalam masa yang sama ada sedikit briefing dari ustaz – ustaz di sini untuk melancarkan perjalanan kami di sini.

Azan berkumandang. Kami dihidangkan dengan kurma dan air ang sedap, air lemonade. J memang hebat air tu. Kepuasan minum itu sangat berlainan dari minum kat Malaysia. Oh ye, kami telah berpuasa selama lebih kurang 17 jam untuk hari itu. Agak penat di situ. Kami solat maghrib secara berjamaah bersama – sama dengan akhawat yang berada di belakang dan terhijab. Zero ikhtilat!

Dah abis solat, kami dihidangkan dengan nasi tomato kot, bersama – sama dengan ayam yang sedap dan pedas.. boleh tahan dorg ni makan pedas.

Kami pun berehat hinggalah solat isya’ dan tarawiiiiiih..

Sekian

2.09.09

Alhamdulillah. Sampai sudah ana di airport muraaq, Manama, Bahrain. Agak kepenatan di situ. Traveling selama 6 jam. 6 jam berada di dalam kapat terbang. Pengalaman yang best! Makan free. Ade game. Ade movie boleh tengok. Hehe. Kapal terbang gulf air. Oh ye. Ana amik keputusan untuk tak pose time tu. J

Turunnya ana dari kapal terbang selamat tanpa kehilangan apa apa pun. Alhamdulillah. Urusan di imigresen pun senang je. Amik kad transit then pegi kat kaunter bagi aje kad transit ngn passport. Settle. Kemudian ana pun menunggu van yang telah ditempah oleh ust untuk bawa kami ke hotel 4 bintang. Hehe.

Cuaca di muraaq macam lebey kurang Malaysia, jadi cam xde ape sangat la. Orang – orangnye pun cam loaded – loaded jek. Kereta – kereta hebat hebat. Jalan sikit je nmpk brabus. Jalan je lagi sikit lagi satu brabus. Cam brabus tu bende bese la kot. Haha. Cam ye jek! Panas nye pun cam panas sikit la dari Malaysia. Tapi, lek la an. Sampai pun ana di tmpt tu, kat Malaysia korg tengah bukak pose la. Sape yang pose tu kne tmbh beberapa jam untuk pose la. Luar biasa punye pose! Kalu kat mesia tu kul 10.00 mlm la bukak nye.

Hotel best! Satu bilik 2 orang jek. Ana duk dgn nafiq. Baru je knal. Best kenal die tu. Ana salute la die. Hebat orgnye. Rase cam kerdil je bile duk ngn die. Segan! Ngee~. Letak beg then trus gi makan buffet aka buffeey. Bak kate ust tawfiq, makan free jgn disegan – segankan, rugilah kamu hai manusia! Haha. Melantak sehabis – habisnye. Makan free katekan. Pasni xde makan sedap – sedap da. Huhu. Isk isk isk. Da habis makan terus kembali ke bilik untuk solat ta’khir asar ngn zohor. Lepas tu.. tido smpi ke isya’. Isya’ kul 730pm. Ana solat dalam kul 930pm la. X bese katekan. Tapi yang bestnye, subuh la.. kul 4pg jam sini. Huhu.

Ana belum tau lagi kul bape lak nak btolak ni.. dah asek duk bilik tidoo memanjang! Mane tak nye kan! Hihi. :p

Transit kat muraaq ni best, Alhamdulillah. Moga allah mudahkan perjalanan ana dan dijauhkan dari segala musibah yang mungkin menimpa. Ameen~

اللهم هون علينا في سفرنا هذا وطوعنا بعده اللهم انت الصاحب السفر والخليفة في الأهل

Yang benar. Hamba ALLAH yang hina

Luqman bin Zaharudin.

622pg [time disini]

030909.

Doa untuk sahabat – sahabatku lillah cintaku.

Bada’tu bi ismi jalla wa’ala. Rabbul ardi wa bainahuma. Tarakna ‘alal baidhaa-i lailuha ka nahaariha la yazighu ‘anha illa haaluh.

Dengan nama ALLAH yang maha permurah lagi maha mengasihani.

Allahumma salli ‘ala Muhammad wa ‘ala aali Muhammad

Ya ALLAH, saat kau temukan aku dengan mereka tiadalah aku ketahui tentang mereka kecuali akan wajah – wajah mereka. Tidak juga aku ketahui, apakah mereka akan menerimaku sebagai seorang sahabat..

Kaulah maha kuasa lagi maha bijaksana, kau tautkan kami atas dasar fillahi hubba, ikatan yang tiadalah putus akannya, biarpun latar belakang kami berbeda. Datang dari jauh, merantau, hanya untuk mencari keredaanMu..

Teruskanlah tautan kami ini, walau dimana sekali pun kami berada. Tambahan, kau kuatkanlah ikatan kami agar kami dapat terus berada di jalan ini ya allah. Jadikanlah kami kuat menguat antara satu sama lain untuk terus berada di jalanMu dan tidak tersungkur atau sesat dari jalanMu ya allah.

HambaMu yang lemah memohon padamu, kau rahmatilah sahabat – sahabat seerjuanganku tak kira di mana mereka akan berada ya allah.. hambaMu merayu kau sihatkanlah tubuh badan mereka agar dapat aku ketemu mereka sekali lagi dalam keadaan yang lebih baik dari hari ini ya allah..

Aku merindui mereka ya Allah. Aku amat merindui mereka ya Allah. Rinduku pada mereka hanyalah keranaMu ya Allah..

hambaMu meminta agar kau perkenankanlah doaku ini ya allah.. dengarilah rintihan ku dengarilah.. dengarilah.. aku hambaMu yang kerdil tidak mempunyai apa – apa sekali pun. Kerana aku lah milik mu wahai tuhan yang maha perkasa..

ameen ya ALLAH.. ameen ya ALLAH.. Ameen ya ALLAH.. ameen~

kutujukan buat sesiapa sekali pun yang membacanya..