Sunday, April 10

Bahagianya seorang Mukmin



Pada suatu hari seorang suami berasa sangat marah pada isterinya, maka berkatalah sang suami dengan nada mengugut;

Suami : Kau tunggu lah nanti!!

Berkatalah sang isteri dalam keadaan yang tenang;

Isteri : Kau tidak mampu nak mengapa-apakan aku, sebagaimana apa yang kau miliki, tak mampu membahagiakan aku.

Sang suami menjawab dengan marah sekali;

Suami : Kenapa pulak aku tak boleh?

Sang isteri dengan yakin berkata;

Isteri : Kalaulah kebahagiaan itu bagi kau adalah duit, nescaya aku tidak mahu akan duit itu atau kau rasa kebahagiaan itu pada perhiasan yang cantik, nescaya aku akan mengharamkan ia dari diri ku. Kerana kebahagiaan itu bukanlah sesuatu yang kau miliki, malah tiada seorang pun di dunia ini yang memiliki kebahagiaan itu.

Berkatalah sang suami dengan begitu hairan;

Suami : Jadi?

Sang isteri menjawab dgn kata-kata yang jujur;

Isteri : Sesungguhnya aku merasa kebahagiaan itu pada imanku, dan imanku terletak di dalam hatiku, dan hatiku ini, tiada siapa yang mampu memilikinya melainkan Allah swt!

Inilah kebahagiaan yang hakiki yang dimiliki oleh para mukmin. Apa tidak kau ghibtah akan perasaan ini?

Seorang mukmin berkata : "Kalaulah ahli syurga merasai apa yang aku rasai sekarang ini, nescaya sesungguhnya mereka berada dalam sebuah kehidupan yang indah"

No comments: